Di bawah ni adalah binatang binatang yang panjang umurnya..
kita views sama sama ye..


Kura-kura ini adalah kura-kura tertua di dunia ketika ini. Foto ini diambil di Pulau Helena Selatan Lautan Atlantik sewaktu beliau masih berumur 100 tahun. Jonathan sekarang menjadi maskot dari pulau tersebut. Beliau adalah salah satu dari 3 kura-kura yang masih hidup dan ada di Pulau Helena sejak 1882.Cubalah anda kira berapakah umur beliau sekarang?,beliau merupakan kura kura tertua di dunia.



400 Years Old Clam


Penyelidik saians telah menemui suatu fakta yang ajaib,iaitu kerang yang berumur 400 tahun, atau dua kali lebih tua dari umur rata-rata haiwan sejenis ini yang ada di dunia ini. Kerang ini menghabiskan hidupnya berabad-abad di kawasan berdigin Lautan Atlantik di dekat pantai Utara Iceland. Kerang ini telah hidup sejak Zaman King James I.


14 Year Old Rabbit


George, adalah nama arnab ini yang berumur 14 tahun ini. Berasal dari Tewksbury, Massachusetts,sebahagian negara Amerika. Merupakan arnab tertua di dunia dan baru-baru ini telah tercatat dalam Guinnes Book of World Record.Purata umur seekor arnab adalah 6-8 tahun.


Spike, The 31 Old Cat


Spike telah meninggal 2 bulan setelah hari ulang tahunnya yang ke 31 pada bulan Julai 2001, dan menjadikan dia kucing tertua di dunia. Dia ditemui di tepi jalan kota London oleh pemiliknya, dan hampir mati pada umur 19 tahun kerana diserang oleh seekor anjing. Pemilik Spike, sering menaruh gel lidah buaya pada makanannya.


The World Oldest Spider


Labah-labah tertua di dunia ini dikenali berjantina betina dari Theraphosidae family, yang mana berumur sampai 28 tahun. Labah-labah pemakan burung ini ditangkap di Mexico pada tahun 1935.


Bella, The World Oldest Dog


Black labrador bella, diketahui sebagai anjing tertua di dunia sampai kematiannya pada bulan September. Dia dibawa oleh majikannya dari RSCPA 26 tahun lalu dan menikmati umur panjangnya di Derbyshire, UK.


Guinea pig


Rata-rata umur guinea pig adalah antara 5-6 tahun. Tapi guinea pig yang satu ini rekornya adalah 14 tahun 10 bulan setengah.



Bueno, The Black Spider Monkey


Bueno, the black spider monkey meninggal pada tahun 2005 dengan umur 53 tahun dan dinobatkan sebagai monyet tertua di dunia. Dia hidup tanpa stress di Japan Monkey Centre di Aichi, 150 batu dari barat kota Tokyo.Purataumur dari black spider monkey adalah 30 sampai 33 tahun.



Tish, The 43 Years Old Goldfish


Tish memecahkan semua rekod dan berumur 43 tahun.Ianya di tayangkan pada funfair di Donchester pada tahun 1956. Pada umur setua begiti, sisiknya berubah dari warna oren menjadi perak. Pemiliknya bekata,petua panjang umurnya adalah tidak memberinya makan berlebihan dan meletakkannya di tempat yang terkena sinar matahari setiap saat.