November 22, 2009

Islam Dihina

Masya ALLAH...Lihatlah bagaimana agama kita di permainkan oleh kafir yang dilaknat. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bjaksana. Wahai remaja Islam marilah bersama kita teguhkn iman bagi menegakkan agama Allah.Wallahualam.





PS : Semoga tindakan susulan diambil.Ini bukan kes ringan.Pihak berkuasa yang prihatin,ketengahkan hal ini,demi kesejahteraan semua.Jabatan agama Islam patut masuk campur,saya rasa.

November 20, 2009

Masalah Jerawat

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Kajian Mengenai Kentut

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam

Khasiat Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Antara khasiat pegaga adalah:

* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin

Gelombang H1N1 di musim tengkujuh

Gelombang H1N1 di musim tengkujuh
Oleh NADZIR AWANG AHMAD

MUSIM tengkujuh kini kembali. Amaran berjaga-jaga kemungkinan banjir telah diuar-uarkan di dalam media elektronik dan media cetak kepada penduduk terutamanya di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur Semenanjung sejak beberapa hari lalu.

Pada masa yang sama Malaysia turut dijangka mengalami gelombang kedua H1N1.

Pada musim tengkujuh ini penularan virus H1N1 dijangka berlaku dengan lebih cepat kerana hujan yang berterusan memudahkan orang ramai terutama sekali kanak-kanak mendapat selesema yang dikhuatiri akan bercampur dengan virus H1N1 ini.

Statistik terkini yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan pada 5 November 2009 , Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican seperti laporan Utusan Malaysia, menunjukkan angka kematian akibat wabak selesema **** di negara ini kekal 77 orang.

Tetapi dalam tempoh 25 hingga 31 Oktober lalu, seramai 255 pesakit baru yang mempunyai gejala 'ILI' dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 213 pesakit telah dibenarkan pulang.

Akhbar tersebut juga menyiarkan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah memaklumkan pengurangan jumlah kes H1N1 dengan begitu ketara iaitu daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

Meskipun keadaan di serata dunia termasuk Malaysia kelihatan stabil, namun Pengarah Besar Pertubuhan Kesihatan Sedunia ('WHO'), Margaret Chan telah memberi amaran bahawa virus Influenza A (H1N1) akan muncul kembali dengan serangan yang lebih kuat.

Beliau seterusnya berkata bahawa kadar kematian yang tidak menunjukkan 'trend' peningkatan yang mendadak tidak bermakna wabak ini akan terus berakhir.

Sehubungan itu, langkah Kementerian Kesihatan mewujudkan Pasukan Pemantau Wabak H1N1 yang akan diterajui oleh Bahagian Kawalan Penyakit seperti mana diumumkan oleh Menteri Kesihatan untuk memantau situasi setiap hari dan mengesan jangkitan penyakit itu merupakan satu langkah proaktif bagi mengawal penyebaran wabak H1N1 ini terutamanya di musim tengkujuh.

Rakyat harus bergerak seiringan bersama-sama kerajaan bagi mengawal wabak H1N1 agar tidak menjadi lebih serius dan menjadi ancaman kepada semua sehingga kerajaan perlu pula mengumumkan wabak ini sebagai "darurat kesihatan".

Tidak ada gunanya kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sahaja yang dilihat bersungguh-sungguh menangani wabak ini.

Semua hospital diarah menyediakan cukup peralatan termasuk katil di Unit Rawatan Rapi ('ICU') dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat. Tetapi pada masa yang sama, orang ramai masih bersikap acuh tak acuh tentang wabak ini.

Harus diingat sekiranya orang ramai masih memandang remeh, kesannya boleh membawa maut sekiranya lambat mengesan dan memberi suntikan kepada mangsa (pesakit) H1N1.

Hebahan demi hebahan telah dibuat melalui media massa dan media elektronik untuk menyedarkan orang ramai berkaitan wabak ini dan langkah-langkah kawalan yang perlu diambil.

Namun jika diperhatikan di kawasan-kawasan yang mempunyai risiko terdedah kepada jangkitan seperti stesen-stesen bas, pusat membeli-belah, kenderaan-kenderaan awam dan majlis-majlis keramaian, orang ramai yang memakai topeng perlindungan amatlah kurang dan boleh dibilang dengan jari.

Kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab dan media masih belum mampu menyemai kesedaran kepada majoriti rakyat.

Di sekolah pun amat kurang pelajar yang memakai topeng ketika ini berbanding dengan musim awal penularan wabak H1N1 dan laporan kematian tersiar di dada-dada akhbar saban hari.

Orang ramai masih bersikap tunggu dan lihat. Namun janganlah sampai "sudah tehantuk, baru terngadah".

Sepatutnya perlu ada usaha bersungguh-sungguh di kalangan orang ramai seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani penularan virus ini.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara Perlis.

Senaman Untuk Tulang

JANGANLAH malas, bangun dan bersenam! Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila menyentuh tentang tulang pastinya kalsium. Tetapi untuk mencapai tulang yang sihat anda tidak boleh sekadar mengambil nutrien yang cukup. Melakukan senaman yang betul juga penting untuk menguatkan tulang!

Sebenarnya, selain kuat, tulang juga fleksibel. Inilah sebabnya ahli gimnastik boleh melentur badan hingga ke bentuk yang tampak mustahil tanpa mematahkan tulang mereka! Tulang adalah tisu hidup, jadi ia terus bertindak kepada tekanan dari aktiviti yang dikenakan ke atasnya.

Tulang kita terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah. Dalam kata lain, tulang anda akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Jika anda tidak aktif secara fizikal, tulang anda menjadi lebih lemah dan rapuh, mendedahkannya kepada risiko patah.






Impak tinggi

Apa juga senaman yang memerlukan anda mengangkat berat dan melawan graviti dapat membantu mempertingkat dan mengekalkan jisim tulang. Tekanan dari mengangkat berat serta aktiviti tolak-tarik otot akan menggalakkan pembentukan tulang, menjadikannya lebih kuat.

Senaman berimpak tinggi dan menahan berat adalah paling efektif dalam membina tulang yang kuat. Senaman bertujuan membina tulang anda, bukan mematahkannya. Aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki, menari dan bermain permainan seperti tenis dan badminton menghasilkan impak yang sama seperti senaman menahan berat.

Senaman menahan berat impak rendah seperti berjalan dan aerobik impak rendah pula lebih sesuai bagi yang mereka yang mahu membina tulang kuat tetapi tidak boleh melakukan senaman impak tinggi. Anda juga boleh melakukan latihan ketahanan dan senaman yang menguatkan seperti angkat berat atau tekan tubi. Namun, anda perlu berjaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor atau jurulatih peribadi terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.

Bagi yang berusia, penderitaan dari keretakan tulang akibat terjatuh boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menjalani hidup normal. Sehingga 20 peratus mangsa yang mengalami keretakan pinggul meninggal dunia selepas satu tahun manakala dua pertiga yang terselamat pula menjadi individu kurang upaya. Di samping memastikan rumah dan persekitaran anda selamat dari risiko terjatuh, anda juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki keseimbangan dan postur badan melalui senaman. Melakukan tai chi memberikan anda lebih keseimbangan, postur dan koordinasi yang dapat membantu anda mengelak daripada terjatuh.

Senaman untuk tulang sihat boleh disesuaikan mengikut peringkat umur dan keperluan. Senaman boleh membantu membina tulang sihat ketika zaman kanak-kanak dan mengekalkannya ketika dewasa. Orang yang berumur dan kerap bersenam juga boleh menguatkan tulang dan mengurangkan risiko patah. Jadi, tidak kira berapa umur anda, atau apa juga keadaan fizikal anda, anda boleh mencari jenis senaman yang sesuai untuk diri sendiri.

Walaubagaimanapun, adalah berbahaya untuk melakukan senaman tanpa mengetahui had anda. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan keretakan akibat stres dan kerosakan sendi. Ada juga senaman yang boleh menyebabkan jatuh dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Penghidap osteoporosis dan warga emas boleh meningkatkan risiko kepatahan tulang jika memulakan senaman berat tanpa mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan.

Penyesuaian

Setiap senaman perlu disesuaikan mengikut keperluan dan keupayaan. Senaman selama 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu adalah digalakkan jika anda mempunyai jisim tulang rendah, menghidap osteoporosis atau berusia lebih 50 tahun.

Berhati-hatilah dengan halangan lazim untuk bersenam seperti malas atau kesuntukan masa. Senaman boleh diterapkan dalam kehidupan untuk menepati keperluan dan gaya hidup anda supaya ia tidak menjadi sesuatu yang membosankan. Jadilah kreatif dan pastikan anda gembira melakukannya. Dengan ini, anda akan dapat meneruskan senaman dengan rela dan bukan separuh hati.






Membina tulang sihat adalah komitmen sepanjang hayat dan aktiviti fizikal boleh membantu anda mencapainya. Sama ada anda di rumah, pejabat atau sekolah, anda boleh memasukkan senaman untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda. Apa yang penting, anda bergerak dan menikmati manfaatnya sepanjang hidup anda.

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda
gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock ).

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka
semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ¡ ON ¢ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ¡ *3370# ¢ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

Beza RM50 Original & Palsu

Hati-hati.Mungkin anda tidak perasan dengan keadaan ini.Sekarang wang RM50 baru sudah mula dipalsukan.Di sini terdapat contoh perbezaan wang Rm50 Benar & Palsu.Teliti elok2..


November 18, 2009

Misteri Kejadian Buah





Buah berbentuk wajah?

Beberapa buah yang dikatakan pelik telah menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung untuk melihatnya sendiri. Kebanyakkan buah – buah tersebut memiliki mata, hidung dan mulut iaitu lebih jelas lagi, sebentuk wajah yang aneh seakan-akan wajah seorang manusia. Ada juga pihak yang mendakwa ianya hasil dari kerja tangan mereka yang pakar dalam bidang ini. Walaubagaimanapun, kebanyakkan dari penduduk yang tinggal di kawasan setempat memang sudah biasa dan lali dengan fenomena sebegini, tetapi bagi kebanyakkan orang luar, ianya memang dianggap perkara aneh dan luar biasa. Apatah lagi jumlah buah yang ada begitu banyak bilangannya. Dan yang menjadi persoalan, apakah puncanya?...

Betik bertangkai panjang?

Sebuah betik yang mempunyai tangkai buah yang amat panjang telah dijumpai oleh seorang penduduk. Kebanyakkan tangkai buah betik hanya mempunyai kepanjangan setengah hingga satu inci panjang. Tetapi lain pula dengan kisah buah betik yang ditemui ini, ada di antaranya mempunyai tangkai buah yang melebihi kepanjangan 3 kaki. Tetapi bagaimana pula dengan rasa buahnya?...

November 15, 2009

Beberapa Wallpaper Kereta BMW

Burung Cenderawasih - Realiti Atau Mitos?

Burung cenderawasih yang dikatakan hanya menetap di awan, turut diburu peminat barangan ganjil serta pengumpul barangan purba kerana nilai seni serta komersialnya yang cukup tinggi.

Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.



SEJARAH MENURUT KITAB LAMA

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya.Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala denganmengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur
Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih mak
a peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan
melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnyaamatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz
olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.


KHASIAT CENDERAWASIH

  • Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
  • Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
  • Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
  • Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia. Wallahu'alam.



Video Pengenalan Cenderawasih

Peminat Bola,Baca artikel ini dengan Serius!!!

PETIKAN DARI KOSMO

Penyokong Wira Merah ganas?


IMBAS KEMBALI... Sebahagian penyokong Kelantan yang menyaksikan final Piala Malaysia menentang egeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sabtu lepas.


Barangkali jika ada anugerah persatuan paling popular dan kontroversi tahun ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang paling layak untuk menerimanya.

Apa tidaknya, KAFA tidak pernah sunyi daripada menjadi perhatian umum bukan sahaja kerana peningkatan mendadak pemain Kelantan tetapi angkara peminat fanatik yang tidak kena cara.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah memberitahu, KAFA antara persatuan bola sepak yang paling banyak membayar denda sehingga melebihi modal yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini jelas kerana FAM hanya memperuntukkan RM300,000 kepada setiap pasukan bertanding tetapi sehingga kini, denda yang dibayar KAFA kepada FAM sudah melebihi modal yang diberikan. Terbaru, KAFA didenda RM50,000 angkara keganasan yang dicetuskan penyokong Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Penjelasan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa cabaran menguruskan KAFA bukan semudah yang disangka walaupun ada pihak menganggap KAFA adalah persatuan bola sepak paling mewah hasil penjualan tiket kerana kehadiran penonton yang begitu ramai pada setiap perlawanan.

Dua musim diterajui Annuar, kantung KAFA sudah mula terisi.

Setiap perlawanan melibatkan pasukan Kelantan hampir 20,000 hingga 25,000 penyokong akan membanjiri stadium keramat mereka Stadium Sultan Muhammed IV itu, sekali gus menjadikan KAFA sedikit lega untuk menampung keperluan kewangan.

Bagaimanapun, hasil yang masuk ke akaun KAFA tidak mampu untuk bertahan lama dan jumlah kutipan tiket yang diperoleh masih belum mampu untuk ‘menyenangkan’ pihak persatuan gara-gara sikap penonton skuad Wira Merah yang ‘aneh dan pelik’.

Sikap fanatik tidak kena cara dan kurang bijak dengan membaling mercun dan bunga api serta objek lain seperti botol dan bekas air menyebabkan mereka sudah di cop sebagai antara penyokong paling bermasalah di Malaysia.

Namun, seperti tidak adil kepada penyokong Kelantan apabila setiap kali insiden keganasan, seluruh mata terus tertumpu ke arah mereka.

Secara jelasnya, insiden 7 April lalu ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu benar-benar memberi kesan terhadap maruah penyokong Kelantan.

Mereka secara terus-terusan dituduh sebagai penyokong bermasalah dan sering mencetuskan keadaan yang tidak sihat.

Masalah kelakuan penyokong tidak beradab bukanlah masalah Kelantan sahaja.

Menyorot kembali permasalahan yang dicetus oleh penyokong, musim ini bukan sahaja penyokong Kelantan malah penyokong Perlis dan Terengganu juga adalah antara watak yang turut mencetuskan kontroversi.

Namun, double standard yang wujud cukup mengguriskan hati puluhan ribu penyokong dan peminat Kelantan apabila tindakan yang diambil oleh FAM kepada penyokong selain daripada penyokong Kelantan hanya sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Keganasan penyokong yang timbul di luar Stadium Utama, Kangar pada 31 Oktober lalu menyaksikan penyokong Kelantan ‘dibantai’ teruk di laman lawan.


ANNUAR


Lebih 20 buah kenderaan dirosakkan termasuk bas yang membawa pemain-pemain Kelantan.

Letupan mercun dan balingan objek juga cukup meriah di sana sehinggakan salah satu mercun yang dibaling hampir mengenai salah seorang pemain Kelantan yang terbaring kerana mengalami kecederaan ketika itu.

Namun, FAM sepeti ‘membutakan’ mata dan ‘memekakkan’ telinga kerana tiada tindakan diambil terhadap Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Apa yang menghairankan, kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh penyokong Kelantan yang hadir di stadium, malah jutaan yang lain kerana perlawanan tersebut disiarkan secara langsung oleh RTM.

Barangkali perlawanan yang berlangsung pada malam tersebut tidak disaksikan oleh seorang pun mereka yang berada di dalam jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa pertandingan atau apa-apa jawatankuasa lagi yang ada di Wisma FAM, Kelana Jaya menyebabkan badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai bukti untuk menghukum PFA.

Aneh tetapi itulah realiti yang dihadapi oleh KAFA dan penyokong Kelantan apabila mereka seperti dianaktirikan dan seolah-olah Kelantan ini adalah pasukan bola sepak dari negara jiran yang tumpang bertanding dalam Liga Malaysia.

Di Kuala Terengganu tempoh hari, kekalutan melibatkan penyokong turut berlaku. Perlawanan peringkat kumpulan antara Negeri Sembilan dan Terengganu turut dicemari dengan insiden balingan mercun.

Lebih teruk daripada itu, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin yang sememangnya tidak begitu sempurna menyebabkan ada penonton yang masuk ke padang dan cuba menyerang pengadil dan pegawai pertandingan selain pemain pasukan pelawat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya didenda RM16,000 kerana tiga kesalahan iaitu membaling botol terhadap pegawai perlawanan (RM5,000), penyokong meluru masuk ke padang (RM5,000) dan cuba memukul pengadil (RM6,000).

Dendanya murah dan mungkin ia adalah kesalahan pertama penyokong Terengganu atau sebaliknya.

Hanya FAM yang mengetahui segala yang tersirat itu.

Bagi penyokong Kelantan, ini adalah masa untuk mereka berubah dan turut sama merasai tanggungjawab yang dipikul oleh KAFA.

Mereka mungkin lebih dihormati sekiranya memiliki pasukan yang hebat dan dalam masa yang sama, mereka memberi sokongan dengan cara yang lebih profesional.

November 14, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 5

Penawar kembung perut bayi
Ambil sepotong kain perca (untuk dibuat bunjut), ambil segenggam lada hitam atau jintan hitam, kemudian pusat bayi yang telah tanggal. Semua bahan-bahan tadi di satukan. Kemudian dibuat seperti bunjut sup.Bunjut tadi ditekapkan ke seterika supaya panas (panas-panas suam). Tuamkan bunjut tadi ke perut, belakang dan tapak kaki bayi berulang kali, pastikan disapu pada perut bayi sedikit minyak telon/gamat baru dituam. Tuamkan setiap kali selepas bayi mandi. InsyaAllah bayi tidak akan kembung dan mendapat pusat yang cantik.

Mewangi dan menyegarkan air cond kereta
Ambil tiga helai daun pandan, lipat dan ikatnnya dan letakkan dalam bonet kereta. Cara ini akan
memberikan udara dalam kereta lebih segar dan nyaman walaupun tanpa penyegar ataupun wangian.

Elak keguguran
Di awal mengandung anda harus menjagi kandungan anda supaya jangan keguguran. Masalah ini bolehanda atasi dengan menghindarkan daripada mengangkat barang-barang berat kerana peranakan anda akan turun dan menjadi lemah serta menyebabkan keguguran. Anda juga dinasihatkan mengikat perut di bahagian bawah dengan tali pinggang kain yang kuat, mengamalkan mandi air panas suam setiap petang akan menjadikan peranakan anda lebih baik dan kuat. Dengan cara ini keguguran mungkin akan dapat di atasi.

Hilangkan nafas berbau
Nafas berbau amat memalukan, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mencuba petua ini yang dapat mengatasi masalah dengan cara mengamalkan minum air rebusan halia. InsyaAllah anda akan melihat perubahannya.

Halau pijat pada tilam
Anda hanya perlu mematahkan beberapa dahan kecil (termasuk daun) pokok durian belanda dan letakkan di bawah tilam dan bantal tempat anda tidur. Biarkan daun itu hingga kering dan digantikan dengan yang baru. InsyaAllah pepijat tidak akan datang lagi.

Pekatkan kuah sup
Masukkan beberapa biji bawang besar yang telah dikisar halus ke dalam kuah sup semasa memasak. Pasti kuah sup akan menjadi pekat dan menyelerakan. Selamat mencuba.

Menggunakan lebihan minyak kelapa
Minyak kelapa yang telah digunakan untuk menggoreng, jangan dibuang begitu sahaja kerana minyak itu boleh digunakan lagi. Jika kelihatan kotor boleh dibersihkan dengan cara memasukkan beberapa potong ubi kentang ketika anda menggunakan semula minyak tersebut untuk menggoreng ikan. Dengan cara ini ubi kentang itu akan menyerap kotoran yang ada pada minyak tersebut.

Mencuci barang kemas
Ambil sedikit asam jawa dan bancuhkan dengan sedikit air. Rendamkan barang kemas dalam air selama setengah jam. Selepas itu berus dengan menggunakan berus gigi supaya daki di celah-celah barangan itu hilang. Bilas dengan air semula. Tentu anda akan puas hati kerana ia akan seperti baru.

Kerang bersih dan putih
Setiap kali bila hendak merebus atau memasak kerang, pasti kita mencuci dengan menggunakan berus atau pelepah pisang. Tapi kini anda cuba gunakan daun kenduduk iaitu isi yang boleh didapati di kawasan semak. Ramaslah daun tersebut bersama kerang sehingga daun itu hancur. Lihatlah hasilnya selepas itu dan anda pasti berpuas hati.

Lancarkan perjalanan haid
Rebus daun gelenggang kecil bersama daun dan akr tutup bumi. Amalkan meminum airnya sebanyak tiga kali sehari. Perjalanan haid akan kembali normal pada hari pertama anda mengamalkannya.

November 13, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 4

SEMBUHKAN SELESEMA
Ambil beberapa ulas bawang putih dan ditumbuk kasar. Masukkan dalam besen yang berisi air panas.Suakan muka ke arah besen dan sedut wap tersebut. Untuk lebih mujarab lagi tutupkan bahagian kepala dengan tuala. InsyaAllah selesema anda akan hilang. Paling penting jangan lupa selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

SEMBUHKAN SAKIT TEKAK/BATUK
1. Ambil satu sudu madu, masukkan ke dalam air suam. Kemudian titiskan sedikit air limau nipis dan kacau.Sewaktu minum bacalah selawat sebanyak tiga kali. InsyaAllah sakit tekak dan batuk akan beransur pulih.
2. Ambil sebiji limau nipis. Perahkan airnya dan dicampurkan dengan sedikit madu. Minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan selama satu minggu. InsyaAllah batuk anda akan berkurangan.

HILANGKAN PENING KEPALA
1. Ambil 10 biji lada hitam ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan segelas air suam, kacau hingga sebati dan minum. InsyaAllah pening kepala yang anda alami akan sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.
2. Ambil segelas air panas dan kemudian potong seulas bawang merah dan masukkan ke dalam air panas tadi. Tutup seketika dan setelah suam, minum air tersebut. Insya Allah sakit kepala anda akan sembuh.

SEMBUHKAN BENGKAK HATI
Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam.Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.

ATASI SENGGUGUT
Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam). InsyaAllah senggugut akan hilang.

KETUMBIT DAN KETUMBUHAN DI MATA
Jika anda menghadapi masalah ketumbit atau ketumbuhan pada mata, ambil air dari pucuk bemban lalu dicampur dengan hempedu ikan haruan. Hempedu itu pula hendaklah ditumbuk halus lalu dititik ke dalam mata. Lakukan berkali-kali sehingga ketumbit itu hilang.

HILANGKAN LENGUH-LENGUH BADAN
JIka anda terasa lenguh-lenguh badan, mandilah dengan air sebiji kelapa yang dicampur dengan air sejuk. Lakukan ketika tengah hari. Buat cara ini sehingga seminggu, anda akan dapati badan anda beransur segar.

KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI
1. Air perahan timun sesuai untuk penjagaan kesihatan kepada orang yang menghidap tekanan darah tinggi. Minum dua kali sehari setiap hari, akan dapat mengurangkan berat badan. Jika disapu pada wajah dua kali sehari, sebelum mencuci wajah, ia akan menghasilkan kulit wajah lembut, licin dan sentiasa lembap dan ia juga apat mengatasi kulit berminyak.
2. Ambil sebiji kelapa muda yang isinya masih berlendir. Tebuk lubang di atas permukaan kelapa tersebut. Perahan sebiji limau nipis ke dalam lubang kelapa yang telah ditebuk tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian, minumlah air kelapa tersebut terus daripada buah tadi tanpa dicurahkan ke dalam bekas tin.
3. Ambil pucuk betik, bersihkan dan kemudian rebus sehingga mendidih. Kemudian, minum air rebusan bersama dengan daun betik tersebut. Walaupun rasanya kurang enak namun ia amat berkhasiat untuk penyakit darah tinggi anda.

SEMBUHKAN BENGKAK GUSI
Ambil sekeping asam gelugor kemudian basuh hingga bersih dan sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10-15 minit. Kemudian buanglah asam tadi dan berkumurlah dengan air suam. InsyaAllah sakit gusi anda akan sembuh.

SAKIT ANGIN MEDU DAN ULURAN
Ambil sebiji telur ayam kampung dicampurkan dengan setengah air bergas. Kemudian kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap pagi. Di samping dapat mengurangkan angin medu/uluran, ia juga mengurangkan masalah keletihan dan lemah-lemah badan.

TABUNG RM1 : KAMI PRIHATIN KAFA

Salam semua peminat-peminat fanatik Bola Sepak Kelantan.Hari ini aku baca suratkhabar Kosmo Dan Harian Metro.Sila rujuk paper ini.Ada berita tentang TABUNG 1 KAFA.Tabung ni bertujuan untuk membantu meringankan beban KAFA.Seperti yang kita sedia maklum,KAFA telah didenda RM 50,000 berbanding harga sebenar RM 200,000 lebih! Ini angkara sesetengah peminat bola sepak Kelantan kita juga.Oleh itu,saya rasa terharu dengan pengorbanan KAFA,yang jelas-jelas mahu menaikkan martabat bola sepak negeri kita.Oleh itu,bagilah sokongan penuh kepada mereka semua.Oleh kerana rasa terpanggil untuk menghebohkan tabung ini,saya search kat Google dengan keyword Tabung 1 KAFA,then aku terbaca artikel di bawah ini:



TABUNG RM1 : KAMI PRIHATIN KAFA

No Akaun : 112268085852
Nama : Azra Bin Mohd Zin
No Tel : 012-2964811
Email :
azra.mohdzin@ap.sony.com


Sumbangan ikhlas kepada KAFA ini ekoran denda RM 50K oleh FAM bolehlah di berikan kepada wakil yang dilantik oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan seperti maklumat diatas. Kempen ini akan bermula sekarang sehingga 20 hb November 2009. Kita akan serahkan kepada KAFA pada hari memperkenalkan pemain baru Kelantan 2010 di KB Mall pada 21 hb november 2009.


PERINGATAN : JIKA ANDA TIDAK PERCAYA,ANDA CONTACT DULU NO TELEFON ENCIK AZRA INI,ATAU YANG LEBIH SELAMAT,ANDA TUNGGU ADA TABUNG DILANCARKAN DI KAWASAN BERHAMPIRAN ANDA.


Sila rujuk website ini :
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sukan/77545-tabung-rm1-kami-prihatin-kafa.html

November 12, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 3

SELSEMA
1. Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau
2. Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
3. Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

SUARA SERAK
1. Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
2. Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian
tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
3. Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari,sehingga serak itu hilang.

BATUK/LELAH/SEMPUT
1. Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau
2. Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
3. minumlah rebusan akar pokok melor atau
4. Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan
kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
5. Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
6 Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga
suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

SAKIT GIGI
1. Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau
2. Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
3. Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau
4. Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

BENGKAK GUSI
1. Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan
ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
2. Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan padagusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

GUSI BERDARAH
1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan denganbeberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asamgelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

DEMAM CAMPAK
1. Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak,campaknya akan keluar atau
2 Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit.Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari

SEMBUHKAN KENCING MANIS
Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari.InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.

BENGKAK PAYU DARA
Bengkak pada bahagian payu dara boleh membuatkan anda merasa demam, namun begitu anda tidak perlu risau dan boleh mencuba petua ini dengan cara mengambil sedikit akar pokok labu manis dicampur dengan tanah liat. Bila sudah sebati hendaklah disapukan pada seluruh bahagian payu dara yang bengkak, biarkan semalaman. Bila sudah kering bolehlah dibersihkan. Amalkan selama tiga minggu.

LAWASKAN KENCING
Dua potong nanas masak hendaklah dicampurkan dengan satu tin air coca-cola dikisar sehingga hancur. Amalkan minum sekali sehari selama tiga hari berturut-turut. Anda akan berpuas hati kerana penyakit yang anda hadapi itu akan segera sembuh.

November 11, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 2

Langkah Batang Pancing
Petua ini menjadi ikutan ramai pemancing hingga ke hari ini. Pantang larang agar batang pancing tidakdilangkah adakalanya menjadi satu medan pertengkaran sesama rakan pancing. Apa yang sering dikatakanbatang pancing akan ‘suwei’ apabila kena langkah dan hasil tangkapan akan meleset.

Mulut
Pantang larang paling utama dalam aktiviti memancing. Mulut jangan cakap besar, takbur, celupar dan suka menyumpah. Jangan suka menegur sesuatu yang tidak pasti spt. bau wangi dan sebagainya. Mulut jangan terlalu suka berjenaka dan bersenda gurau berlebihan ditakuti suka akan membawa duka. Jangan suka buat bising.

Kaki
Petua ini terutama kepada pemancing yang menaiki bot/sampan. Elakkan suka menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Perlu diberitahu tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan amat menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.

Meludah Umpan
Petua ini turut menjadi amalan hingga kini. Ada yang melakukan pada umpan yang pertama didalam aktiviti memancing dan ada yang sentiasa meludah setiap kali menukar umpan baru. Ada yang beranggapan untuk isyarat membuang ‘suwei’ dan ada yang kata sebagai ‘daya penarik’ ikan atau udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA
1. Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
2. Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan lena.

MENURUNKAN DARAH TINGGI
1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
3. Makanlah biji buah Peria atau
4. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
5. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja.Minum setiap pagi dan petang atau
8. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau
9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

DEMAM BIASA
1. Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
2. Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
3. Minumlah air rebusan bunga melor.

SAKIT KEPALA
1. Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
2. Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
3. Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus.Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari.
5. Makanlah daun pokok Peria atau
6. Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

SENGAL SENDI
1. Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya
diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
2. Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
3. Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
4. Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
5. Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.

Koleksi Petua Tradisional - Siri 1

Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk mengelakkan ikan daripada busuk jika kita tidak mempunyai kelengkapan, Ikan anda itu perlu disiang dan dibuang segala isi perut, tahi, dan sisiknya. Tapi ingat ikan berkenaan tidak boleh dibasuh dengan air.Selepas disiang, biarkan ikan berkenaan berdarah lalu dibalut dengan kertas suratkabar seekor demi seekor.(usah dicampur 2 – 3 ekor sebungkus) Selepas itu letakkan bungkusan itu pada tempat yang teduh.Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam.

Daun Sireh/Tembakau Rokok
Kita sering mendengar pemancing akan menghadapi masalah menaikan pari bila ia melekap dipasir.Caranya mudah gunakan daun sireh/ tembakau rokok (dibasahkan) lalu digosok pada tali pancing hingga berbunyi. Pari akan rasa ngilu dan serta merta melepaskan lekapannya pada pasir.

Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa sebarang makanan berdarah spt. Daging atau ayam semasa memancing. Begitu juga jangan sesekali membawa bekalan telur rebus dan pulut kuning. ’Laut tempatnya keras,kedua-dua makanan itu ada kaitan dengan amalan membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung
Jika memancing disungai dipercayai ada buaya, jangan gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan ia boleh ‘mengamuk’ dan ini boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing.

Tersesat Didalam Hutan
Jika kita tersesat didalam hutan semasa memancing dan tidak menjumpai jalan pulang, cubalah petua ini. Telanjang dan buang air kecil. Selepas itu, ambil tanah diantara tapak kaki anda dengan tempat membuang air kecil tadi dan bawalah sepanjang jalan. Insya-allah jalan pulang akan ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan setiap kali keluar rumah untuk memancing mestilah memberitahu isteri atau keluarga. Pastikan semua tanggungjawab dan urusan telah dibereskan sebelum pergi. Jangan meninggalkan masalah dirumah, termasuk dengan anak-anak. Bila ini dibereskan hati pun tenang semasa memancing dan mungkin berkat doa mereka anda mendapat hasil yang baik…Insya-allah.

Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun yang dibeli untuk memancing biasanya mudah mati dan busuk jika anda tidak cepat mengasingkannya. Petua menjaga kesegarannya ialah jika memotong perumpun yang panjang, pastikan ia mula dipotong dari bahagian ekor. Jika ia dipotong dari bahagian kepala, perumpun mudah mati dan busuk. Penggunaan surat kabar atau kertas yang kering juga dapat membantu kesegarannya dengan menukar kertas takungan umpan ini setiap 2 jam sekali. Elakkan dari terkena air hujan atau terdedah dari terik panas matahari. Sebaiknya letakkan kain atau kertas yang lembab bagi menutup perumpun.

Mencari Perumpun Pasir /Laut
Caranya mudah, beli sebiji nenas yang masak ranum, dan anda cuma perlu memerah airnya dipasir yang anda yakin ada perumpun. Mungkin kerana masam air nenas ini perumpun dengan sendiri akan muncul, disini anda hanya perlu menariknya keluar.

Kasut
Apabila memancing didalam sampan atau bot jangan pakai selipar atau kasut.Macamlah kita nak masuk rumah orang, kenalah buka kasut atau selipar.Ia semacam tanda hormat dan adab.Nanti ada yang kata bahaya takut tercucuk duri didalam sampan tapi ini sepatut- nya tidak berlaku jika kita mengutamakan kebersihan dan keselesaan ketika memancing. Ada juga beranggapan benda-benda dibawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor.

Daun Ketapang
Jika anda gemar membela ikan didalam akuarium dan didapati ikan peliharaan anda ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, cuba masukkan sehelai daun ketapang, sesungguhnya ia adalah sumber perubatan kepada ikan.

.:: Attention Needed ::.

Bermula hari ini,aku mahu tambah kategori "KOLEKSI PETUA" untuk di kongsi dengan anda semua.Anda tidak digalakkan untuk mengamalkan atau mempercayai sepenuhnya petua-petua ini, cukup sekadar anda jadikan sebagai satu renungan kita bersama. Semoga berpuas hati.

Tanggungjawab Suami Yang Soleh

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Pembentukan rumahtangga yang didasari dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. akan menjamin lahirnya kasih sayang, keharmonian dan iklim pendidikan yang sihat di dalam pelbagai aspek. Inilah suasana yang subur untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak ke arah pertumbuhan yang sihat dari segi roh, akal dan jasmani. Di samping anak-anak, dengan wujudnya suasana seperti ini, ibu bapa di dalam rumahtangga itu juga akan terselamat dari dipengaruhi oleh gejala-gejala yang tidak baik. Justeru itu, ajaran Islam akan dapat dilaksanakan atau disempurnakan. Benar sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Sesiapa yang berkahwin bererti beliau telah menyempurnakan sebahagian dari agama (deen)nya, maka beliau hendaklah bertakwa kepada Allah pada sebahagian yang lain yang masih tinggal."

Dari rumahtangga yang bahagia inilah akan melahirkan Baitul Muslim iaitu rumahtangga Islam. Al-Imam Hasan Al-Banna ada berkata, "Tegakkanlah negara Islam dalam diri kamu sebelum menegakkan negara Islam dalam masyarakat kamu."

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam Al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. terdapat beberapa tugas dan tanggungjawab suami yang soleh, yang perlu di laksanakan untuk melahirkan rumahtangga yang bahagia. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
2. Mempergauli isteri dengan baik dan halus.
3. Memberi makan dan pakaian yang secukupnya.
4. Tidak memperolok-olok atau merendahkan isterinya.
5. Mengarahkan atau mengingatkan isterinya dengan nada yang lembut.
6. Bersabar di atas tingkahlaku isteri yang tidak menyenangkan.
7. Mengajar isteri akan agama (deen) dan hukum-hukumnya (fekah).
8. Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
9. Menahan pandangan.
10. Memelihara kemaluannya.
11. Tidak kedekut atau terlalu bermewah-mewah dalam memberi nafkah makan minum, pakai, tempat tinggal serta perabut untuk anak dan isteri.
12. Kasih sayang, mesra serta sentiasa mengambil berat tentang mereka.
13. Tidak terburu-buru dalam menerima fitnah (pengaduan) serta bertindak segera tanpa usul selidik dahulu.
14. Tidak gemar memandang perempuan-perempuan yang lain.
15. Tidak minum arak, berjudi, merokok dan tidak suka buang masa dengan kerja sia-sia.
16. Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
17. Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
18. Cemburu dalam hal-hal yang mendatangkan maksiat terhadap dirinya, anak dan isterinya.

Oleh itu setiap lelaki yang beriman perlulah melengkapkan dirinya dengan ilmu Islam, akhlak yang mulia dan hati yang bersih dan hidup, supaya setiap tanggungjawab di atas dapat di laksanakan dengan baik dan sempurna.

Dosa-dosa Besar

Apabila kita lihat keadaan umat Islam hari ini kita merasakan amat sedih dan dukacita kerana maksiat berlaku merata tempat .Umat Islam sudah berani melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan, mereka tidak takut lagi kemurkaan Allah s.w.t Kemungkinan bala bencana yang berlaku ketika ini ada kaitannya dengan kerosakkan yang di lakukan oleh tangan-tangan manusia hari ini, seperti penyakit HIV, selsema babi, demam denggi ,cuaca panas , kemarau , ribut taufan dan lain-lain lagi. Setiap hari kita baca berita di dada akhbar arus perdana menceritakan kesah-kesah gejala sosial dan jenayah yang di lakukan oleh manusia. Kes rogol , sumbang mahram , pembunuhan kejam, ragut ,penderaan fizikal , jenayah along , menjual dan menghisap dadah , rompakan , penculikan, membuang bayi ,pelacuran , penjualan manusia dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk lagi kes-kes seperti rasuah , penyalagunaan kuasa , khalwat , bersekedudukan , sumpah palsu , minum arak , main judi , penceraian dengan tuduh menuduh, berzina dan fitnah memfitnah.

Faktor penting yang menyebabkan kesemua keadaan ini berlaku kerana umat Islam telah meninggalkan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Mereka terlupa bahawa kehidupan mereka di dunia ini hanya lah persingahan sementara untuk menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketka di dunia inilah kita di tuntut untuk beribadah dan beramal soleh, semuga di akhirat nanti kita dapt mengambil buku catitan kita di tangan kanan, dan mendapat balasan Syurga yang kekal abadi dan seluas langit dan bumi.

Di dalam Al- Quran dan hadis Nabi s.a.w terdapat 8 (lapan) perkara perbuatan-perbuatan manusia yang termasuk di dalam DOSA-DOSA BESAR. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut. :

Pertama : MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Kedua : MENDERHAKA KEPADA KEDUA IBU BAPA :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Imam Bukhari )

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Ketiga : MEMINUM ARAK
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Empat ( macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke Syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba’ , menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”
(Hadis riwayat Al-Hakim)

Keempat : MELAKUKAN ZINA :
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Kelima : MEMAKAN RIBA’
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba’ (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba’) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba’), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Selagi akan terjadi dan nyata pada akhir zaman empat macam di kerjakan manusia :
Pertama : orang-orang (mudah sahaja mengerjakan riba’ dan) memakan harta riba’.
Kedua : orang-orang (dengan tak merasa takut-takut) mengerjakan zina.
Ketiga : orang-orang (sering) bersumpah (walau pun palsu , tak ambil peduli)
Keempat : orang-orang (suka) mengurangkan sukatan atau timbangan (pada jual beli)
Maka apabila berlaku dan telah nyata (di lakukan orang-orang seperti di lakukan itu) akan bertebaranlah penyakit dan bala yang akan di turunkan Allah dengan perang setengah akan setengahnya.”

Keenam : MENGERJAKAN LIWAATH (HOMOSEKSUAL)
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) , bukan kepada wanita, maka kamu ini adalah kaum yang melampau batas.”
(Surah Al- A’raaf ayat 81)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“ Barangsiapa mengerjakan akan perkerjaan kaum Luth (liwaath / homoseksual) maka hendaklah di bunuh yang memperbuat dan yang di perbuat.”

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w ada bersabda yang maksudnya :
“Tujuh macam orang di laknat oleh Allah kelak di hari kiamat. Sedang mereka sedikit pun tidak di pandang Allah dengan belas kasihan, bagi mereka itu seksa yang bersangatan sekali iaitu :
Pertama : orang yang liwaath
Kedua : mensetubuhi perempuan pada lubang duburnya (bukan farajnya)
Ketiga : orang menjima’ binatang.
Keempat : orang-orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya (onani)
Kelima : orang yang mensetubuhi anak sendiri
Keenam : orang yang berzina dengan orang sekampungnya
Ketujuh : orang yang menyakiti orang sekampungnya. “

Ketujuh : TIDAK MAHU MENGELUARKAN ZAKAT :
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“ Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya , menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan di kalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Imran ayat 180)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke neraka Jahannam”

Kelapan : MEMBUNUH ORANG LAIN TANPA HAK
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh searang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(Surah An- Nisaa’ ayat 93)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata : Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku. Maka Allah berkata kepada sipembunuh : Celakalah engkau, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”