November 6, 2009

10 Mitos Yunani Paling Terkenal

1. Griffin (Gryphon)



Griffin biasanya berkarakter sebagai singa dengan kepala dan sayap helang. Diyakini sebagai makhluk yang sangat kuat kerana singa sebagai raja dari binatang dan helang adalah raja dari burung. Pada zaman kuno, dianggap sebagai pelindung Tuhan. Makhluk ini merujuk pada zaman peradaban Minoan (2700-1450 SM).

2. Phoenix



Phoenix adalah burung api mitos dari Mesir kuno dimana digambarkan sebagai burung yang mati oleh api dan dilahirkan kembali dari api. Biasanya digambarkan mempunyai bulu emas dan merah. Pada akhir kehidupannya, Phoenix diceritakan membuat sarang dari ranting kayu manis dimana kemudiannya terbakar. Burung musnah terbakar oleh api tapi kemudian Phoenix baru yang masih muda muncul dari api yang sama. Diyakini zaman hidup Phoenix adalah 500-1461 tahun. Airmata Phoenix diyakini dapat menyembuhkan luka.

3. Unicorn



Unicorn biasanya digambarkan sebagai kuda dengan tanduk yang panjang dikepalanya, tetapi asalnya mempunyai janggut seperti kambing, ekor singa, dan kuku yang terbelah. Unicorn adalah satu-satunya makhluk legenda yang tidak menakutkan manusia, dan biasanya digambarkan sebagai makhluk yang halus. Diceritakan sangat tidak mungkin untuk menangkap unicorn. Tanduknya dikatakan dapat meneutralkan racun. Unicorn pertama kali diketahui ketika zaman peradaban lembah Indus (3300-1700SM).


4. Satyr



Satyr asalnya dikatakan sebagai teman kambing-kambing dewa di masyarakat kuno Yunani. Gambaran pertama satyrs adalah laki-laki normal, walaupun sering dilihat dengan kemaluan yang sedang ereksi. Kemudian digabungkan dengan mitos Roma dimana mula digambarkan sebagai setengah manusia (bahagian atas) dan setengah kambing (bahagian bawah). Satyr digambarkan sebagai makhluk yang nakal, perosak dan berbahaya, pemalu dan pengecut. Pada zaman lampau sering mereka digambarkan mempunyai tanduk dikepala, dan yang muda digambarkan mempunyai banyak masalah.

5. Minotaur



Pada mitos Yunani, Minotaur mempunyai badan bahagian atas lembu jantan dan badan bahagian bawah manusia. Dikatakan Minotaur hidup ditengah-tengah jalan-jalan yang berselirat dengan jalanan besar yang rumit seperti konstruksi bangunan Raja Minos dari Crete.

6. Cyclops



Cyclops adalah anggota dari kelompok manusia purba raksasa, yang mempunyai satu mata ditengah-tengah dahinya. Cyclops digambarkan sebagai Homer dan Hesiod. Berdasarkan pada Hesiod, Cyclops yang bernama Brontes, Steropes, dan Arges adalah anak-anak dari Uranus (langit) dan Gaia (bumi), sedangkan berdasarkan pada Homer perkataan Cyclops merujuk pada anak laki-laki Poseidon dan Thoosa yang bernama Polyphemus adalah Cyclops.

7. Mermaid



Mermaid (atau Merman untuk nama lelaki) telah dibincangkan sejak 5000 SM lagi. Bahkan Christopher Columbus mengatakan pernah melihatnya dalam perjalanannya di laut. Dalam cerita dongeng Inggeris mereka dianggap sebagai peringatan akan kutukan atau bencana.

8. Gorgon



Gorgon adalah wanita jahat dengan gigi taring dan ular hidup sebagai pengganti rambutnya. Legenda mengatakan jika orang melihat muka Gorgon maka akan berubah menjadi batu. Kemungkinan Gorgon yang paling terkenal adalah Medusa yang merupakan satu-satunya wanita yang paling besar diantara 3 bersaudara (yang lain adalah Stheno dan Euryale). Oleh kerana Medusa besar sekali, Perseus hanya boleh dibunuh dengan memotong kepalanya selagi ia melihat bayangannya sendiri di perisai Perseus. Gambaran Gorgon digunakan Yunani untuk menggambarkan kejahatan.

9. Banshee


Banshee berasal dari mitos Ireland dan biasanya dikenal sebagai roh wanita. Mereka dianggap sebagai malaikat kematian dan diyakini berasal dari dunia lain. Mereka biasanya dikenali sebagai bahagian dari penyembahan berhala agama Celtic kuno dimana mereka adalah suruhan Tuhan. Roh, atau nenek moyang. Di Inggeris mereka dikenal sebagai pari. Berdasarkan legenda, banshee akan berkeliaran dan berterbangan diluar rumah sambil meraung-raung jika seseorang didalam rumah itu akan meninggal.


10. Giant

Giant atau raksasa digambarkan sebagai monster yang mempunyai kekuatan luar biasa dan ukuran lebih besar dari manusia. Mereka muncul di Alkitab (dalam cerita Raja David dan Goliath). Dalam mitos mereka seringkali digambarkan mempunyai konflik dengan dewa-dewa dan biasanya dikaitkan dengan kekacauan dan alam bebas. Mereka muncul sama awalnya dengan kebudayaan Yunani kuno dimana mereka dikenal dengan nama gigantes, makhluk yang lahir dari Gaia yang dibasahi dan dipenuhi dengan darah Uranus ketika dia dikembiri.

No comments:

Post a Comment