April 6, 2011

9 Tragedi Dunia Yang Hampir Dilupakan


Pada 16 Disember 1811, hampir dua juta kilometer persegi bumi Amerika bergoncang. Gempa bumi itu turut melebarkan Sungai Mississipi, melenyapkan banyak pulau dan membentuk tasik-tasik baru.




Pada awal abad kedua puluh, dua objek melanggar bumi, kekuatan hentakan yang mampu menghancurkan Bandaraya New York atau Washington. Namun kedua-duanya pertama berlaku pada 1908 dan kedua 1947 - terdampar di Siberia, Rusia. Tiada kemalngan berlaku kerana Siberia adalah kawasan yang tidak berpenghuni. Kesannya boleh dilihat hingga hari ini.



Bom hidrogen pertama kali diletupkan di Lautan Atlantik pada 1952. Kekuatan ledakannya menyamai semua jenis bom yang digugurkan di Jerman semasa Perang Dunia Kedua, termasuk dua bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun.



Runtuhan lombong arang batu terburuk berlaku di Courieres di utara Perancis. Berlaku pada tahun 1906 dan menimbuskan lebih 1000 orang pelombong. 10 orang yang berjaya diselamatkan menyangkakan mereka hanya tertimbus selama 3 hari walaupun sebenarnya ia mengambil masa selama 2 minggu.




Pada abad ke 17, selepas tamat peperangan 30 tahun (1618-48) lebih 60 juta penduduk Eropah mati kerana wabak penyakit cacar. Bilangan kematian itu berganda-ganda banyaknya jika dibandingkan dengan yang mati ketika peperangan selama 3 dekad itu.



Pada tahun 1500 Sebelum Masihi, sebuah gunung berapi telah meletus di Kepulauan Santorini di Laut Aegean. Menurut kajian saintis, kesannya adalah 5 kali ganda letusan Karakatoa di Indonesia yang meletus pada tahun 1883. Letusan itu merubah hampir 100 kilometer persegi muka bumi menjadi tasik. Ada diantaranya melebihi 800 meter kedalamannya. Kehancuran itulah yang kononnya membentuk lagenda Atlantis yang terkenal hingga kini.



Pada tahun 1946, ribuan penduduk menemui maut apabila taufan Tsunami melanda kepulauan Hawaii. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku letusan gunung di dasar laut, menjadikan laut bergelora sehingga menenggelamkan ratusan pulau di sekitar Lautan Pasifik.




Tragedi kapal Titanic yang mengorbankan 1513 orang penumpangnya bukanlah tragedi paling malang. 33 tahun selepas Titanic, sebuah kapal Jerman, Wilhelm Gustloff tenggelam di Laut Baltic selepas terkena Torpedo yang dilepaskan oleh sebuah kapal selam Rusia, S-13. Dalam kejadian itu, 8000 penumpang maut. Bilangan itu lebih 5 kali lebih ramai berbanding Titanic tetapi tidak pernah diperkatakan.




Kebakaran yang melanda Chicago pada 1871 telah membunuh 360 orang penduduk dan memusnahkan kawasan seluas 320 kilometer persegi. Dalam tempoh seminggu, api merebak sehingga ke Winconsin, bandar berhampiran dan membunuh lagi lebih 600 orang penduduk. Tragedi itu dikenali sebagai Great Chicago Fire, namun tidak ramai yang memberikan perhatian pada hari ini dan ianya tenggelam dalam lipatan sejarah.

No comments:

Post a Comment