Hidup ini,mcm2 halangan perlu ditempuhi. Aku tidak tahu sejauh mana aku mampu bertahan dengan setiap ujian dari Nya. Aku membesar di kalangan rakan-rakan yang terlampau ikut kan keduniaan. Dunia ini memang aneh,bila Allah SWT memberi nikmat,kita tidak pernah mensyukuri dengan apa yang diberi. Dan bila Allah SWT memberi kita dugaan dan halangan yang berat, kita menyalahkan Allah SWT dan memarahiNya. Aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan ini. Aku juga hidup selama ini dengan memerhati keadaan sekililing, dan kadang-kadang aku menjadi bingung dan berfikir kenapa dunia ini, manusia macam ini. Semua bagaikan hilang pedoman dan panduan mengikut cara Islam. Yang perempuan, tidak menutup aurat dan jika menutup aurat pun, masih hendak menonjolkan diri sendiri. Apa yang dikejar ada glamour semata-mata. Jika bertudung pun, mesti letak di bahu, kononnya tidak kemas, selekeh, dan mcm2. Lagi ramai pula yang free hair. Lelaki pula, ada diantaranya menghisap dadah,pil kuda dan macam-macam perkara yang tidak sepatutnya mereka laku kan. Aku fikirkan cara bagaimana untuk berubah, dan kalau boleh ingin semua kawan-kawan memikirkan semua ini. Bagi remaja,cinta itu indah sehingga tidak sedar menggadai maruah diri. Sedih juga melihatnya, nasib baik dunia ini ada lah keturunan terakhir iaitu umat Nabi Muhammad SAW yang mungkin tidak akan menyaksikan lagi kaum2 yang dibinasakan seperti kaum2 yang terdahulu. Fikirkanlah kawan-kawan,jika ada di kalangan anda mengunjungi blog ini. Sama-sama kira muhasabah diri.
selamat berusaha..
ReplyDeletekita sama dalam pendapat perempuan mengangkat tudung ke bahu tu..
betul joe..hok sebenar mana bleh angkat tudung..
ReplyDelete