January 20, 2010

Hobi Pemain Bola Sepak

PEMAIN Manchester United, Gabriel Obertan melakukan kerja-kerja bercucuk tanam ketika dia tidak bermain disebabkan menjalani pemulihan akibat kecederaan.

Pemain yang dibeli ketika cuti musim panas lalu dengan harga £3 juta (RM16 juta) dari Bordeaux membantu salah seorang kakitangan pasukan Akademi kelab itu dengan bunga-bunga mawar ketika dia beransur pulih daripada kecederaan belakang.

Namun dia bukannya satu-satunya pemain bola sepak yang mempunyai hobi yang agak pelik di luar padang. Berikut adalah beberapa hobi pemain bola sepak terkenal termasuk Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Andrey Arshavin.


1) Joseph Yobo - Pingpong

Penolong ketua pasukan Everton amat suka bermain pingpong. Pemain pertahanan itu juga begitu taksub dengan badan kebajikannya sendiri, Yayasan Joseph Yobo, yang membantu anak-anak kurang bernasib baik di Nigeria.


2) Manuel Almunia - laman web Perang Dunia Kedua

Penjaga gol Arsenal dari Sepanyol terpaut dengan laman web Perang Dunia Kedua (WWII) selepas menonton filem epik, 'Saving Private Ryan'. Dia berkata: “Saya membaca buku sejarah, menonton dokumentari dan saya suka melawat muzium apabila saya mendapat peluang.”


3) Paul Scharner - Payung terjun, terjunan bunjee, ski air

Pertahanan Wigan begitu ketagih dengan aktiviti lasak dan berbahaya. Pemain Austria itu berkata mengenai hobi masa lapangnya: “Ia membantu saya menjadi lebih kuat secara mental.”


4) Mortiz Volz - Membuat kek

Pemain pertahanan Jerman mengakui dia “agak selesa berada di dapur” dan dia suka “membakar kek untuk memberikan tumpuan sebelum menghadapi satu-satu perlawanan.” Sila lihat laman web peribadinya untuk mengetahui kegilaannya.


5) Daniel Agger - Artis tatu

Seperti kebanyakan rakan seperjuangannya dalam Liga Perdana Inggeris, lengan Agger dipenuhi tatu. Namun, tidak seperti rakan seperjuangannya, dia mampu untuk melakar tatu ke badan sendiri. Pemain Denmark itu adalah seorang artis tatu berkelayakan.


6) Andrey Arshavin - Pereka fesyen wanita

Perancang utama Russia itu sukakan fesyen wanita dan dia tidak takut untuk mengakuinya. Bintang Arsenal itu mengakui dia mengambil kursus fesyen di universiti kerana “terlalu ramai wanita di kalangan penuntut”. Dia menambah: “Saya berbeza. Namun saya tidak cuba untuk melakukan sesuatu yang aneh. Saya sering melakukan apa yang tersirat di hati.”


7) Nolberto Solano - Peniup trompet

Bekas pemain tengah Newcastle sukakan trompet dan sering kali membawa alat muzik itu ke padang latihan Toon ketika dia bermain di kelab itu. Malah dia pernah meniup trompetnya ketika menelefon mendiang Bobby Robson. Nobby memiliki tiga instrumen, setiap satu berharga lebih £350 (RM1,800).


8) Eric Cantona - Puisi

Legenda Perancis itu dikenali dengan kemahirannya mencipta puisi. “Seorang artis, di mata saya, adalah seseorang yang boleh menerangi sebuah bilik yang gelap. Saya tidak pernah dan tidak akan menemui perbezaan antara hantaran Pele kepada Carlos Alberto pada perlawanan akhir Piala Dunia 1970 dan puisi Rimbaud,” kata Cantona.


9) Wayne Rooney - pemain drum

Rooney mulanya cuba untuk memahirkan diri dengan gitar, tetapi tidak berjaya. Namun dia berjaya dengan kegilaannya bermain drum.


10) Cristiano Ronaldo - Bingo

Pemain sayap Real Madrid mungkin memiliki hampir setiap kereta mewah namun keghairahan sebenarnya adalah permainan bingo. Pemain Portugis itu berkata: “Ia amat menarik kerana anda boleh menunggu di sana hanya kerana satu nombor untuk menang.”

No comments:

Post a Comment