November 12, 2009

Koleksi Petua Tradisional - Siri 3

SELSEMA
1. Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau
2. Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
3. Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

SUARA SERAK
1. Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
2. Ambil bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian
tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
3. Ambil sebuku asam jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari,sehingga serak itu hilang.

BATUK/LELAH/SEMPUT
1. Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau
2. Ambil daun Kecubung,hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau
3. minumlah rebusan akar pokok melor atau
4. Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan
kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
5. Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau untuk batuk berkahak
6 Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga
suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

SAKIT GIGI
1. Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau
2. Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
3. Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau
4. Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.

BENGKAK GUSI
1. Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan
ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudah dingin minumlah airnya atau
2. Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan padagusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

GUSI BERDARAH
1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisi air, campurkan denganbeberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asamgelugur dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garam atau
3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15 helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

DEMAM CAMPAK
1. Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak,campaknya akan keluar atau
2 Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak. Kemudian lumurkan pada badan pesakit.Disamping itu,minum air kelapa gading setiap hari

SEMBUHKAN KENCING MANIS
Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari.InsyaAllah ia dapat menyembuhkan penyakit kencing manis yang anda alami selama ini.

BENGKAK PAYU DARA
Bengkak pada bahagian payu dara boleh membuatkan anda merasa demam, namun begitu anda tidak perlu risau dan boleh mencuba petua ini dengan cara mengambil sedikit akar pokok labu manis dicampur dengan tanah liat. Bila sudah sebati hendaklah disapukan pada seluruh bahagian payu dara yang bengkak, biarkan semalaman. Bila sudah kering bolehlah dibersihkan. Amalkan selama tiga minggu.

LAWASKAN KENCING
Dua potong nanas masak hendaklah dicampurkan dengan satu tin air coca-cola dikisar sehingga hancur. Amalkan minum sekali sehari selama tiga hari berturut-turut. Anda akan berpuas hati kerana penyakit yang anda hadapi itu akan segera sembuh.

2 comments: