BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YG DIGUNA PAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W DAN MENGANJURKAN SUPAYA UMATNYA BERBEKAM

sabda Rasulullah s.a.w :

الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي

"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- HR BUKHORI

ان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي
"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-HR BUKHORI

kalau dilihat sepintas lalu,nampaknya seolah-olah pengubatan dgn cara bekam ini tidak memberi menafaat apa-apa,cara rawatan kuno. Tetapi apabila dibandingkan dgn kaedah perubatan moden yg memakai ubat-ubat kimia serta pembedahan yg memerlukan belanja yg mahal. Bekam adalah lebih praktik,tiada kesan sampingan,murah dan boleh mengatasi banyak penyakit yg tidak boleh dirawat dgn perubatan moden.

JANJI RASULULLAH S.A.W BAHAWASANYA BEKAM DI SATU TITIK SEKITAR KEPALA SAHAJA DAPAT MENYEMBUH 72 JENIS PENYAKIT

sabda Rasulullah s.a.w:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
"hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dgn bekam di Qomahduah(satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.-HR THOBRONI

PENDUDUK LANGIT MENGANJURKAN SUPAYA PENDUDUK BUMI BERBEKAM

sabda Rasulullah s.a.w:
ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
"aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra'kan kecuali mereka(para malaikat) berkata: wahai muhammad! perintahlah umatmu berbekam"-HR TARMIZI&BAIHAQI

Daripada hadis2 tersebut dapat difahami bahawasanya bekam ini merupakan satu kaedah pengubatan yg sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.

KELEBIHAN&MENAFAAT BEKAM

1.Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
2.Meningkatkan daya tahan tubuh badan
3.Mencegah penyakit
4.Merawat berbagai jenis penyakit