October 1, 2022

Ciko tak tahan nak Freeze Dried Chicken

Hi, saya nak perkenalkan korang dekat Freeze Dried Chicken. Kucing kucing saya memang suka gila makan snack ni. Korang patut cuba bagi kat kucing korang, korang tengok la macam mana menggelupurnya dorang 😂

Boleh didapati di Petshop

Oyen bermain bunga

Hari ini saya nak kongsikan video kucing saya bermain bunga.

February 17, 2021

Viral Kucing Oren Berguling guling Nak Makan Durian Cuit Hati Netizen






Kucing oren tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mereka memang dikenali sebagai kucing yang paling banyak buat hal dekat Malaysia ni. Sehari dua ini, viral satu Malaysia sebuah video yang memaparkan seekor kucing oren yang bernama Ciko berguling-guling mengigit tupperware kerana nak keluarkan durian. 

Sebenarnya, Ciko ini sememangnya sejak kecil pernah tular kerana melarikan durian dan tidak mahu berkongsi durian yang dimakannya. Jom saksikan telatah lucu Ciko ni.

August 1, 2013

Video Monyet Minum Air Dalam Botol

Hye guys, hari ini, terdetik di hati aku ingin share video monyet minum air dalam botol. Botol sarsi versi kelate.. Hehe.. Dan tuan monyet ini adalah ayah tersayang. Inilah realiti yang kita jarang jumpa kan..



February 18, 2012

Barrier To Effective Communication

Hye.. Lama aku xupdate blog.. 
Mulai hari ini, aku mengupdate balik..
Disini, aku ada buat tugasan tentang Principle of Management. Tajuk dia, Barriers To Effective Communication.
So, hope korang leh view dan komen video kami ok?? Thank..



April 28, 2011

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera





Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

13 FAKTA MENARIK TENTANG MALAYSIA

Alaa.. Boring la.. I'm Malaysian, so i'm know that about Malaysia.. Tapi mungkin fakta ini anda masih jarang dengar dan tahu..
  • Berkeluasan 329,847 kilometer persegi.
  • Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.
  • Merupakan antara salah satu daripada 17 negara megadiversiti.
  • Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963.
  • Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia".
  • Malaysia adalah negara ke-43 teramai penduduk (28 juta orang) dan negara ke-66 terluas di dunia.
  • Rangkaian jalan raya Malaysia berjumlah 98,721 kilometers (lebuhraya sepanjang 1,821 kilometers).


  • Malaysia mempunyai 118 lapangan terbang.
  • Liputan sistem keretapi Malaysia adalah sepanjang 1,849 kilometer.
  • Ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris, walaupun sekadar dalam bentuk 'Manglish' (campuran pelbagai bahasa). Kerajaan melarang penggunaan bahasa rojak dan Manglish.
  • Rakyat Malaysia bertutur dalam sejumlah 137 bahasa hidup, yang mana 41 daripadanya dipertuturkan di Semenanjung
  • Malaysia adalah negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi.
  • Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (daripada 100 negara).

Senarai 10 Pemain Bola Terkaya Di Dunia

1) David Beckham (LA Galaxy & Milan) €30 m (RM127.8juta)


2) Cristiano Ronaldo (Real Madrid) €22 m (RM93.7 juta)


3) Kaka (Real Madrid) €17.5 m (RM74.5 juta)


4) Ronaldinho (Milan) €17.5 m (RM74.5 juta)


5) Thierry Henry (Barcelona) €16 m (RM68.1 juta)


6) Lionel Messi (Barcelona) €14 m (RM59.6 juta)


7) Frank Lampard (Chelsea) €12 m (RM51.1 juta)


8) John Terry (Chelsea) €11 m (RM46.8 juta)


9) Zlatan Ibrahimovic (Barcelona) €11 m (RM46.8 juta)


10) Steven Gerrard (Liverpool) €10.5 m (RM44.7 juta)

April 27, 2011

Pentingnya English Education



Bak kate Ucop dalam cite hantu kak limah balik rumah “inilah penting english education”



Lagi Gambar….




















Tips Cara Pikat Hati Lelaki

Beberapa tip untuk memikat lelaki. Mesti ramai gadis di luar sana yang menganggap penampilan fizikal seperti cantik dan seksi adalah senjata yang paling power untuk memikat hati lelaki. Tapi, kecantikan tu sebenarnya tak memberi apa-apa makna besar untuk memastikan hubungan yang diikat tu akan erat selamanya .Selidiki beberapa tip ini. Boleh dikatakan inilah skill paling power untuk memikat hati si arjuna.


gambar hiasan



  1. Terima lelaki seadanya
    * Korang kena tahu yang lelaki bukanlah individu yang sempurna. Korang pun macam tu. Ada jugak terselit sedikit kelemahan di sebalik kekuasaan mereka sebagai lelaki. So, korang janganlah kecik hati atau merungut kalau ada apa-apa perkara yang tak dapat lelaki tunaikan.
  2. Gadis perlu hargai lelaki
    * Try fahami perangai bf korang. Konfem lah ada perangai diorang yang korang tak suka kan? Tapi, janganlah tunjuk sangat yang korang stress bila berhadapan dengan perangai si dia yang korang tak suka tu. Lebih elok kalau korang saling memahami dan menerima kelemahan satu sama lain.
  3. Give and Take
    * Dalam apa saja perkara, korang mesti sanggup memberi lebih banyak dari menerima. Bukan lah nak memanjakan lelaki atau jadi hamba cinta. Tapi tak salah kalau sekali sekala korang cuba hargai bf korang ni.. Tak kan la sentiasa nak dilayan macam tuan puteri?
  4. Lelaki & Kejujuran
    * Kalau korang tak percayakan bf korang, jangan la nak expect dia akan percaya kat korang. Korang kena tahu yang lelaki akan setia bila dia dah sayangkan korang 100% . So, tak perlu risau bila dia keluar atau lepak dengan kawan2. Korang pun perlukan ruang untuk berkawan kan?
  5. Hormatilah lelaki
    * Lelaki ni menghormati wanita sebagai insan yang lemah dan perlu dilindungi. Terutama bila sedang bercinta, hormat dan sayang lelaki pada korang akan lebih tebal. So, korang pun kena la jadi macam tu. Hormati diorang sebagai individu yang melindungi korang dan menjadi tempat korang bergantung harap. Kalau lelaki yang tak hormat atau kasar dengan wanita dikatakan dayus,

CREDIT TO : ADY

April 23, 2011

Bangunan Kerusi



Konsep “Oyes Chair” dicipta oleh arkitek Belanda Dujardin Hofman. Bangunan ini tingginya 760 m dan akan menjadi ikon baru di bandar Cape Town, Afrika Selatan. Bangunan ini merupakan projek amal yang ditaja oleh dietiker, perusahaan yang menghasilkan kerusi dan majalah AIT.











Seratus arkitek dan design interior di seluruh Eropah dikumpulkan untuk mereka kerusi baru.Kerusi-kerusi baru ini akan dipamerkan dalam bentuk road show di AIT-arkitektur Hamburg, Munich, Rhine-Westphalia Utara, Stuttgart dan Rotterdam. Hasil lelong kerusi-kerusi ini akan digunakan untuk membiayai pembangunan Bangunan OYES Chair di kota Langa, Cape Town, Afrika Selatan.




Bangunan dengan nama “OYES Chair” ini sendiri akan menjadi bangunan tertinggi nombor dua di dunia setelah Burj Dubai dan menjadi bangunan terluas di dunia. Luas bangunan 800.000 m2 bagian tengah “kerusi” ini akan digunakan sebagai ikon perumahan sosial dimana akan menjadi tempat penampungan gelandangan yang tidak memiliki tempat tinggal.




Bagian tengah “kerusi” yang mana di kerusi sebenar hanya cukup menampung untuk maksimum dua orang tapi untuk bangunan ini boleh memuat sehingga 50.000 orang dengan keluasan 800.000 m2.




Empat kaki “kerusi” bangunan ini berukuran 25 x 30 m yang akan bersentuhan dengan kota di pelabuhan. Dengan empat kaki “kerusi” bangunan ini maka 4 lokasi berbeza yang berjauhan boleh saling terhubung dengan adanya bangunan raksasa ini.Tinggi kaki “kerusi” bangunan ini adalah masing-masing 460 m.




Kemudian 4 kakinya yang berukuran 25 x 35 m akan digunakan sebagai apartment dengan ketinggian mencapai 460 m.Dalam bangunan ini juga akan dibangun,Taman awam, Lapangan bola sepak modern,pawagam, Bar,Restoran,kedai-kedai,pejabat dan lain-lain.





Pemandangan Bangunan OYES Chair dari laut.








Pemandangan Bangunan OYES chair di malam hari.